Skip to content
banner2.jpg
Anda disini:
Selamat Datang ke Laman Web Unit Kediaman Pelajar, HEP
Pengenalan
http://kediaman.unisel.edu.my/images/stories/pengenalan.jpg

Unit Kediaman Pelajar, berperanan membantu pelajar dalam hal yang berkaitan dengan penginapan sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Pada ketika ini, Unit Kediaman Pelajar bertanggungjawab dalam mengurus Asrama Kota Puteri di samping menyelaras Asrama Jana Niaga yang dikendalikan oleh pihak Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB).

Dengan terdapatnya dua buah asrama ini, Unit Kediaman Pelajar berperanan untuk menyelaraskan tempahan asrama pada setiap semester. Unit ini melalui peranan Felo Residen turut memberikan khidmat dan bimbingan dalam aspek kebajikan dan pembangunan jatidiri pelajar. Peraturan dikuatkuasakan bagi memastikan keharmonian asrama terpelihara demi keselesaan pelajar.

Bagi pelajar yang ingin tinggal di luar kampus, unit ini bersedia membantu pelajar mencari rumah sewa di kawasan sekitar Bestari Jaya. Dengan merujuk pangkalan data pemilik rumah, pelajar akan mudah membuat pilihan berdasarkan kemampuan dan kemudahan yang disediakan. Maklumat penempatan pelajar juga dikemaskini sebagai rujukan dalam kes kecemasan. Hubungan baik dengan semua agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa dan JKKK telah dijalin bagi memastikan kebajikan pelajar dapat dijaga dengan baik.
{popin}

 







Pelawat [+/-]
Hari ini:
Semalam:
Kelmarin:
24
45
27

+18

Semua
Semenjak laman web dipaparkan 139 224