Skip to content
banner1.jpg
Anda disini:
Asrama Kota Puteri
http://kediaman.unisel.edu.my/images/stories/asrama_kota_puteri.jpg
Klik pada gambar untuk paparan lebih besar
Asrama Kota Puteri terdiri daripada 112 unit rumah teres dua tingkat yang terletak di Seksyen 5 Kota Puteri. Kawasan ini merupakan sebuah perumahan dan bandar baru terancang yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Asrama ini yang baru beroperasi mulai bulan Ogos 2009 disediakan atas keprihatinan dan komitmen pihak universiti bagi menyelesaikan permasalahan penempatan ekoran bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Terletak lebih kurang 20km dari kampus, asrama ini menjanjikan kediaman yang selesa dan kondusif bagi mereka yang berminat dengan suasana perumahan yang ekslusif dan mewah. Setiap rumah mempunyai empat buah bilik yang selesa untuk didiami oleh 12 orang pelajar dengan kemudahan ruang dapur untuk memasak. Dengan kemudahan asas yang disediakan, pelajar pasti akan merasai keselesaan seakan-akan berada di rumah sendiri.

Untuk pelajar yang ingin tinggal di luar kampus, Asrama Kota Puteri merupakan suatu alternatif yang terbaik untuk pelajar. Asrama ini mampu menampung sehingga 1200 orang pelajar dalam satu masa.

Kelebihan-kelebihan AKP :-

  • Kediaman luar kampus yang selesa dan dilengkapi dengan perabot asas.
  • Tidak perlu ”total clearance” pada penghujung semester
  • Khidmat Felo Residen
  • Khidmat Kawalan keselamatan 24 jam
  • Kafeteria, Kedai Runcit & Dobi
  • Surau
  • Gelanggang Sukan (dalam perancangan)
  • Bas

Jadual Perjalanan Bas ke Kampus UNISEL:

ISNIN - JUMAAT

Pergi: 7:30 am, 9:30 am, 1:00 pm

Balik: 12:00 pm, 5:00 pm, 9:00 pm

(Perjalanan bas tambahan akan diuruskan bergantung kepada perubahan dan keperluan semasa)

pelan_lantai