Our Story

Kolej Kediaman UNISEL terdiri daripada dua kompleks asrama masing-masing di di kampus Bestari Jaya dan Wisma MAIS di Shah Alam. Kolej kediaman yang dahulunya dikenali sebagai Residen Komuniti Siswa (RKS) telah mula beroperasi di bawah pengurusan UNISEL mulai Julai 2014 selepas proses baikpulih asrama selesai dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Incoporated (MBI). Pelantikan pengetua dan penolong pengetua kolej kediaman serta Pengurus Asrama pada September 2014 telah membawa kepada dimensi baru pengurusan kolej kediaman di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL.

Kolej Kediaman Bestari Jaya memiliki 9 kluster yang terdiri daripada 44 blok pangsapuri 5 tingkat, dan mampu memuatkan sehingga 5000 penghuni dalam satu masa. Kompleks kediaman berbentuk pangsapuri menempatkan hanya enam orang pelajar di setiap unit. Ini memberikan keselesaan penginapan yang maksimum kepada pelajar. Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan seperti Dewan Naib Canselor, Dewan Kolej, kafeteria, kedai serbaneka, mesin ATM; gelanggang sukan dan permainan seperti badminton, futsal, bola tampar dan tenis. Selain daripada itu, kolej kediaman Bestari Jaya juga menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa kepada pelajar seperti pusat dobi 24 jam, mesin vending minuman dan makanan serta kawalan keselamatan 24 jam.

Kolej Kediaman Shah Alam yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam dengan kapasiti 800 orang pelajar menyediakan satu bentuk penginapan bandar berbentuk pangsapuri kepada pelajar. Kolej kediaman ini berhampiran dengan kemudahan asas seperti restoran, pusat dobi, kedai buku dan kedai serbaneka. Kompleks asrama ini terletak di laluan bas awam SelangorKu yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor. Pelajar boleh menaiki bas secara percuma ke kampus Unisel Shah Alam yang terletak di Seksyen 7. Kolej kediaman juga dilengjkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam.

Secara keseluruhannya, Kolej Kediaman Unisel adalah mewujudkan persekitaran yang kondusif, selesa dan selamat kepada pelajar yang seterusnya menjadi platform kepada penjanaan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri pelajar dalam usaha mencapai visi dan misi Universiti Selangor.

4 Comments

  1. Kelengkapan barangan elektrik apa ye yang boleh dibawa? Barangan seperti baldiĀ² perlu ke dibawa? Mohon beri saya sedikit pencerahanšŸ™

    • Barang elektrik yang boleh di bawa dan perlu di daftarkan :
      1)komputer meja
      2)komputer riba
      3)pengecas tel. bimbit
      4)printer
      5)cerek air
      6)seterika
      7)kipas

      Keperluan seperti baldi,bantal,sarung cadar perlu dibawa kerana pihak kolej hanya memberi kemudahan katil,tilam,almari,dan meja belajar sahaja pada setiap pelajar.

    • Daftar Barang Elektrik
      1)Komputer Meja : Percuma
      2)Komputer Riba : Percuma
      3)Pengecas Tel. Bimbit : Percuma
      4)Pencetak : RM 5.00
      5)Cerek Air : RM 5.00
      6)Seterika : RM 5.00
      7)Kipas Tambahan : RM 5.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *